Tun Bendahara: Tuah, sepanjang malam aku tak tidur terfikir pasal si-Jebat tu. Tak terlantas aku kau sanggup membunuh dia.Tun Bendahara tidak berbalas. Beliau teringin sangat menegur Tuah pasal Bahasa Melayu Tuah yang cukup menyakitkan telinga, tetapi takut. Setiap kali si-pahlawan ini dipukau semangat patriotisme, dia suka hunus menjulang keris saktinya.
Laksamana Tuah: Aiya Tun, lu tak faham lah. Kita mia olang cakap, manyak pantang kacau olang lain mia bini. Itu Jebat sudah... um... bo tua bo suey! Sultan mia gundik pun belani usik. Bikin malu keluarga Hang mia nama.
Tun Bendahara: Itu yang tak masuk akal, Tuah. Jebat tu kan adik kau sendiri? Kan orang putih cakap selalu cakap, "Blood is thicker than water"?
Laksamana Tuah: Adik da aanchua? Lu ingat jadi wa mia adik apa pun boleh bikin kah. Sekalang, wa bukan kerja sama sebalang olang tau. Wa mia bos, Sultan lah. Itu apa... belut... tikar...autar... olang putih mia cakap. Kita cakap, "Biar mati adik, jangan usik gundik!"
Laksamana Tuah: Woi Tun, wa cakap tak betui ah? Wa sudah lama tinggal sinilah. Kalau wa talak tolong jaga sama ini tempat, lu talak tolong jaga sama ini tempat - habis lah ini tempat.Tun Bendahara menjeling mata. Beliau sudah tidak tertahan dengan salahgunaan bahasa si-Cina ini. Kawalan pengunaan Bahasa Melayu Tuah cukup menyayatkan hati Tun. Tatabahasa silap. Peribahasa tak betul. Penggunaan pepatah Melayu pun salah. Imbuhan tak kena.
Tun Bendahara: Kau takut apa, Tuah? Kalau musnah binasa Tanah Melayu ini, engkau masih boleh balik China.
Laksmana Tuah: Bukan balik tak balik mia pasal. Saya sudah lama duduk ini Tanah Melayu sampai sekalang saya pun sudah jadi olang Melayu mah.
Tun Bendahara: Eh, apa kau cakap tu, Tuah. Habis? Kalau tempat ini tukar nama jadi Malaysia, macam mana pulak?
Laksmana Tuah: Wa mah jadi olang Malaysia lah. Senang saja. Hahahaha! Wa sumpah sama lu, Tun, ta' Melayu hilang di dunia.
Tun Bendahara: Tuah, kau nak mengaku diri kau Melayu, aku tak kisah. Tapi, tolonglah bang, gunalah Bahasa Melayu yang tepat. Boleh tak? Apa ni, "Ta' Melayu hilang di dunia"? Cakap betul-betul - Tak akan hilang Melayu dari dunia ini!Maka dengan adegan itu, tamatlah cerita cerita kita hari ini. Dua orang kuat Melaka ketawa terbahak-bahak di bawah teduh pokok Akasia ditebing muara, menanti akan pengembaraan mereka yang seterusnya, iaitu ke puncak Gunung Ledang. Cerita 18SX itu boleh diikuti di belog ini pada Hari Merdeka 2006. Sehingga berjumpa lagi tahun depan, Selamat Hari Merdeka dan terima kasut.
Laksmana Tuah: Habis? Kalau ini tempat tukar nama jadi Malaysia apa macam? Hahahah!
Tun Bendahara: Maka kita katalah, "Tak akan hilang Malaysia dari dunia ini"! Hahah!
Laksmana Tuah: Wah, lu manyak pandai lah Tun. Okey, okey. Saya belanja lu makan Mi Goreng India. Mali, mali. Esok saya bawak Tun pigi tengok satu cun mia Puteli, atas gunung sana... Hahahahah....
Nota Kaki: Untuk peminat teori konspirasi, sila ke laman ini. Yang lain-lain boleh ke laman ini. Kepada sesiapa yang tersinggung hati dengan belog ini, says ingin meminta maaf. Tolong hantar nama penuh dan alamat e-mel anda kepada saya dan saya akan menghantar Char Kuey Teow ke alamat e-mel anda. Kepada sesiapa yang tersinggung dengan pengawalan Bahasa Malaysia saya, sila tujukan kemarahan anda terhadap Dewan Bahasa & Pustaka. Ini semua diolang mia pasai kelana talak bikin kamus online.