Wednesday, August 31, 2005

Cerita Dongeng Merdeka

Suatu hari di sebuah warung bawah pokok di Empayar Melaka, abad ke-14. Laksamana Tuah bersama kawan karibnya, Tun Bendahara berduduk di bawah pokok menikmati teh tarik Mamak dan kuih Nyonya.
Tun Bendahara: Tuah, sepanjang malam aku tak tidur terfikir pasal si-Jebat tu. Tak terlantas aku kau sanggup membunuh dia.

Laksamana Tuah: Aiya Tun, lu tak faham lah. Kita mia olang cakap, manyak pantang kacau olang lain mia bini. Itu Jebat sudah... um... bo tua bo suey! Sultan mia gundik pun belani usik. Bikin malu keluarga Hang mia nama.

Tun Bendahara: Itu yang tak masuk akal, Tuah. Jebat tu kan adik kau sendiri? Kan orang putih cakap selalu cakap, "Blood is thicker than water"?

Laksamana Tuah: Adik da aanchua? Lu ingat jadi wa mia adik apa pun boleh bikin kah. Sekalang, wa bukan kerja sama sebalang olang tau. Wa mia bos, Sultan lah. Itu apa... belut... tikar...autar... olang putih mia cakap. Kita cakap, "Biar mati adik, jangan usik gundik!"
Tun Bendahara tidak berbalas. Beliau teringin sangat menegur Tuah pasal Bahasa Melayu Tuah yang cukup menyakitkan telinga, tetapi takut. Setiap kali si-pahlawan ini dipukau semangat patriotisme, dia suka hunus menjulang keris saktinya.
Laksamana Tuah: Woi Tun, wa cakap tak betui ah? Wa sudah lama tinggal sinilah. Kalau wa talak tolong jaga sama ini tempat, lu talak tolong jaga sama ini tempat - habis lah ini tempat.

Tun Bendahara: Kau takut apa, Tuah? Kalau musnah binasa Tanah Melayu ini, engkau masih boleh balik China.

Laksmana Tuah: Bukan balik tak balik mia pasal. Saya sudah lama duduk ini Tanah Melayu sampai sekalang saya pun sudah jadi olang Melayu mah.

Tun Bendahara: Eh, apa kau cakap tu, Tuah. Habis? Kalau tempat ini tukar nama jadi Malaysia, macam mana pulak?

Laksmana Tuah: Wa mah jadi olang Malaysia lah. Senang saja. Hahahaha! Wa sumpah sama lu, Tun, ta' Melayu hilang di dunia.
Tun Bendahara menjeling mata. Beliau sudah tidak tertahan dengan salahgunaan bahasa si-Cina ini. Kawalan pengunaan Bahasa Melayu Tuah cukup menyayatkan hati Tun. Tatabahasa silap. Peribahasa tak betul. Penggunaan pepatah Melayu pun salah. Imbuhan tak kena.
Tun Bendahara: Tuah, kau nak mengaku diri kau Melayu, aku tak kisah. Tapi, tolonglah bang, gunalah Bahasa Melayu yang tepat. Boleh tak? Apa ni, "Ta' Melayu hilang di dunia"? Cakap betul-betul - Tak akan hilang Melayu dari dunia ini!

Laksmana Tuah: Habis? Kalau ini tempat tukar nama jadi Malaysia apa macam? Hahahah!

Tun Bendahara: Maka kita katalah, "Tak akan hilang Malaysia dari dunia ini"! Hahah!

Laksmana Tuah: Wah, lu manyak pandai lah Tun. Okey, okey. Saya belanja lu makan Mi Goreng India. Mali, mali. Esok saya bawak Tun pigi tengok satu cun mia Puteli, atas gunung sana... Hahahahah....
Maka dengan adegan itu, tamatlah cerita cerita kita hari ini. Dua orang kuat Melaka ketawa terbahak-bahak di bawah teduh pokok Akasia ditebing muara, menanti akan pengembaraan mereka yang seterusnya, iaitu ke puncak Gunung Ledang. Cerita 18SX itu boleh diikuti di belog ini pada Hari Merdeka 2006. Sehingga berjumpa lagi tahun depan, Selamat Hari Merdeka dan terima kasut.

Nota Kaki: Untuk peminat teori konspirasi, sila ke laman ini. Yang lain-lain boleh ke laman ini. Kepada sesiapa yang tersinggung hati dengan belog ini, says ingin meminta maaf. Tolong hantar nama penuh dan alamat e-mel anda kepada saya dan saya akan menghantar Char Kuey Teow ke alamat e-mel anda. Kepada sesiapa yang tersinggung dengan pengawalan Bahasa Malaysia saya, sila tujukan kemarahan anda terhadap Dewan Bahasa & Pustaka. Ini semua diolang mia pasai kelana talak bikin kamus online.

16 comments:

  1. Saya teramat tersinggung hati dengan belog ini. Tolong hantar Char Kuey Teow ke alamat e-mel saya. Kasi tambah pedas sikit.

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak char kuey teow. Ni satu percubaan yang sungguh menyakitkan hati sebab BM engkau tu kelakar lah. In short, tak boleh lulus SPM lah. Saya pun sunggguh ingin duduk dengan dua orang pembesar tu ketawa terbahak-bahak kat bawah pokok Akasia. LOL.

    ReplyDelete
  3. Hello. I've added you as 1 of the 5 bloggers that I am recommending as part of BlogDay 2005.
    Just to let you know. =)

    ReplyDelete
  4. LOL *clap clap clap*
    Fuiyoh! Geng chau nya bahasa! Kena tunggu tahun depan baru ada sambungannya ke? Cis, cis, cis!

    ReplyDelete
  5. Sashi, satu Char Kuey Teow datang atas (coming up)!
    Komen anda tentang SPM tidak dapat dibuktikan, AhWern. Sila daftar untuk Peperiksaan Bahasa Malaysia SPM Kertas Julai 2006 dan salin karangan saya untuk diperiksa. :)
    Awww, Hedonistics. Thanks. I think. Now, I'll have to go find out what this BlogDay 2005 is all about.
    Bab 2 Cerita Dongeng Merdeka boleh dibeli dalam bentuk PDF untuk RM 29.99 sahaja, Primrose. Sila hantar duit sekarang dan anda akan mendapat Bab 3 untuk Percuma!!! Dapatkan sekarang.

    ReplyDelete
  6. Ahahahah!
    Lu punya cerita ni manyak funny la.. Seronok saya baca ni...
    No, really. It was great fun to read. :D

    ReplyDelete
  7. hahahaha... manyak funny ooo..
    Happy Merdeka day!

    ReplyDelete
  8. saya mau semua chapter lah... adak diskaun ke tak?
    "hali podak" pun RM99 sajak... apa sal lu punya manyak mahel? ade cukai ke?
    boleh dapat kat petaling stleet kah?

    ReplyDelete
  9. aiyoyo... ini kena bagi P8 hahaha tapi percubaan yang sungguh hebat. errr CKT satu... tambah kerang!!!
    hahaha sebenarnya belog BM ini kelakarlah, bagus sungguh... tapi i nak tipu makan CKT hahaha

    ReplyDelete
  10. Lol aiya itu tuah manyak kelakorla - ini director James lagi kelakor :) Selamat Hari Merdeka to you :)

    ReplyDelete
  11. *ka ching ka ching*
    *handing over RM29.99*
    Ok ha! Bab 2 and 3 ha!! :D

    ReplyDelete
  12. Tak sempat nak tahu seberapa 18SX cerita puteri gunung ledang.

    ReplyDelete
  13. anda telah membuatkan saya ketawa sampai jatuh katil ... tetapi i still want the char kuey teow tamau telur,kurang pedas,kerang lebih masak,taugeh tambah :D , udanng tambah banyak banyak ...
    damn now im hungry :-s

    ReplyDelete
  14. Tuan,
    Pertubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, penjaga ilmiah bahasa kebangsaan kita, memang ada menyelenggarakan kamus online. Ia boleh dilayari di alamat berikut : http://www.karyanet.com.my/knet/bahasa/index.html
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Thank you Yuin, glad you enjoyed it. :)
    Happy Merdeka Ashpat.
    Egghead, Petaling Stleet hanya ada VCD mia version.
    Cheh, sendiri bikinlah, Babe. You mia masakan bagus mah!
    *ahem* Timakasiiih, Visithra.
    Hahahah, nah ambik ini PDF, Primrose. *flapflapflapflap*
    Beerbrat, saya pun tak sempat nak tulis. Hehheh!
    Better go eat then, Deepsy. :lol:
    Wahai Husband yang bijaksana melayar internet, saya cukup kagum dengan laman web yang telah dibina oleh DBP. Terima kasih kerana sudi memperbetulkan syak-wasangka saya terhadap DPB. :)

    ReplyDelete
  16. LOL!! wa caya sama lu lar *clap clap clap*

    ReplyDelete